Gantung buaian tindakan itu berbahaya, kata MRT

KUALA LUMPUR: Transit Aliran Massa (MRT) menyifatkan tindakan seorang ibu yang menggantung buaian anaknya di dalam  gerabak pengangkutan awam itu sebagai amat berbahaya dan memohon para penumpang supaya menjaga keselamatan mereka.

MRT  dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas tindakan pasangan suami isteri menggantung buaian anak di senggayut  semalam  kemudiannya dikritik netizen kerana jelas tidak mempedulikan keselamatan dan juga tidak bertanggungjawab,

“Perbuatan ini amatlah berbahaya. Sila jaga keselamatan apabila menaiki MRT dan tidak merosakkan kemudahan yang telah disediakan,” kata kenyataan  MRT, hari ini.

Tidak sampai seminggu MRT  dengan kos puluhan billion ringgit itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kemudahan di dalam gerabak dan stesen turut dirosakkan pengguna, termasuk bangku dicalar dan mangkuk tandas dilaku musnah sekali gus menggambarkan ketidaksediaan sesetengah rakyat mengguna kemudahan kelas pertama kerana mereka masih terkurung dalam mentaliti warga dunia ketiga.

MRT turut menasihati  penumpang menjaga keselamatan apabila  supaya tidak melakukan kerosakan kepadanya.

Kata kenyataan itu lagi, sesiapa yang ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam boleh dikenakan denda.

“Sekiranya individu atau kumpulan ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), yang boleh membawa kepada denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.

“Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010,” menurut kenyataan itu lagi. – Sarawakvoice