Vida nyanyi pun viral, “I Am Me” tembusi Timur Tengah

KUALA LUMPUR: Sinar Online baharu sahaja melaporkan usaha Datuk Seri Vida menyanyi tidak sia-sia, apabila bakat nyanyiannya menarik perhatian netizen.

Dan mula kecoh dikatakan lagu berjudul “I Am Me”, “berhantu”.

Selepas lirik video “I Am Me” ditonton lebih sejuta pengunjung sejak dimuat naik beberapa hari di Facebook, komposer yang juga penyanyi terkenal Faizal Tahir berkongsi di Facebooknya, menulis, “Tahniah Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa.”

Faizal mendedahkan lagu “I Am Me” bericau di Timur Tengah, menambah: “Nah, di timur tengah, buat masa sekarang, Malaysia boleh,” tulis Faizal memetik Sinar Harian.

Faizal antara artis selepas Chef Wan memberi komentar berkaitan lagu Vida, sekali gus berkongsi keratan video menunjukkan lelaki dari Timur Tengah mengulas lagu “I Am Me” dalam bahasa Arab.

Bahkan, perkongsian video Faizal sendiri pun turut ditonton lebih 36,000 netizen ketika itu, memang berhantu!

Single sulung Vida ditampilkan menerusi platform digital Jumaat lepas dengan muzik video dirancang menemui peminat awal Ogos depan.

Di Youtube jumlah tontonan segera melonjak kepada 1.5 juta penonton.

Sebelum ini, pencipta lagu “I Am Me”, Edry Abdul Halim, 41, berkata inisiatifnya menjadikan lagu tersebut fenomena viral menampakkan hasil.

Katanya,memang tujuan utama lagu tersebut dijadikan viral sebab Vida seorang yang suka benda menarik perhatian.

Sementara, menerusi Instagram Chef Wan, beliau menjadi orang pertama dalam kalangan selebriti membuka suara dan memberi komen “I Am Me” nyanyian Vida.

Chef Wan memuji tindakan berani Queen Of Tonton ini beraksi dalam bidang seni.

Chef Wan teruja dengan DSV walaupun terima banyak kutukan, beliau tetap dengan dirinya dan berkata, tidak mustahil “I Am Me” boleh terkenal satu dunia macam PSY Gangnam Style.

Tidak mempunyai suara yang bagus, namun lirik dan gaya lucu Vida menerusi muzik video tersebut mampu menarik hati peminat. – Sarawakvoice