KUALA LUMPUR: Perdana Menteri  dalam mengimbas kembali tragedi yang sukar dilupakan  ketika MH17 ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyatakan bahawa kerajaan akan tetap memberi keutamaan untuk menjejaki pelaku yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Tragedi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan buat negara,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam peristiwa berkenaan 298 nyawa terkorban, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak  berkata: “Malaysia akan terus berusaha keras dalam mencari pelaku bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.”

“Salam takziah, doa dan ingatan buat mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi MH17 ini terutama kepada 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat tersebut.

“Memori mangsa-mangsa ini akan terus ‘hidup’ dalam ingatan insan tersayang mereka.

Perdana Menteri mengucapkan salam takziah dalam mengenang tiga tahun selepas tragedi. – Sarawakvoice