Tidak rela rakyat menangis di tanah air sendiri – Hishammuddin

LENGGONG: Menzahirkan kesiapsiagaaan berdepan pilihan raya umum (PRU ke-14, Naib Presiden Umno berkata, Barisan Nasional telah menyiapkan manual khas bagi memastikan kemenangan.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kalau senario politik tidak mantap, sebarang rancangan tidak akan menjadi dan rakyat akan marah, menunding jari pada orang lain, dan akhirnya rakyat menangis di negara sendiri.

Gambar hiasan

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, rakyat perlu sedar bahawa PRU-14 bukan sekadar menentukan landskap politik tanah air, tetapi ia berkait rapat dengan keselamatan serta keamanan negara terutama dalam dunia yang semakin mencabar sekarang.

Katanya, manual itu antara lain akan memberi tumpuan kepada pengundi muda di semua bahagian kerana dibimbangi mereka mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan di media sosial.

“Selain itu, kita juga akan berusaha untuk mendekati , golongan veteran tentera, guru serta peneroka Felda agar mereka dapat membuat keputusan mengundi berdasarkan fakta,” katanya selepas merasmikan majlis penutup persidangan perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini, semalam.

“Kerana dekat-dekat PRU14 nanti, macam-macam perkara akan dibangkitkan dan kadang kala tiada masa untuk menanganinya,” ujarnya yabng juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Manual PRU-14. – Sarawakvoice