WASHINGTON: Pejabat perisikan Amerika Syarikat menyebut Emeriyah Arab Bersatu (UAE) merancang meretas media sosial kerajaan Qatar dan pejabat berita QNA sehingga menjadi punca Doha dikenakan sekatan oleh Arab Saudi dan sekutunya di Teluk.

The Washington Post pada Isnin menyebut baru-baru ini maklumat dijumpai menunjukkan pegawai UEA merancang peretasan itu pada 23 Mei lalu.

Rancangan itu dibahas sehari sebelum kerajaan Qatar menyatakan QNA digodam oleh peretas yang berusaha menyebarkan mesej palsu, seolah-olah dikutip daripada ucapan Emir Sheikh Tamim Hamad al-Thani.

Peretas disebut sengaja menyiarkan ucapan palsu Sheikh Tamim di saluran televisyen QNA yang berisi kenyataan menyokong Iran, musuh ketat Arab Saud serta beberapa organisasi lain seperti Hamas dan Hizbullah.

Penggodam turut dikatakan memalsukan kenyataan Sheikh Tamim yang menyebut dirinya menyokong Israel dan menganggap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak lama berkuasa.

Banyak di antara e-mel tersebut menyoroti keinginan UAE sejak lama mengumpulkan pemikir dan perancangan projek di Washington ke pihaknya berkaitan isu yang menjadi perselisihan Abu Dhabi dengan Doha.

Sepanjang krisis diplomasi yang berlaku di Teluk itu memuncak dengan Qatar membantah, kenyataan tersebut menjadi berita besar di beberapa media di negara Teluk sehingga menimbulkan kecaman terhadap Doha.

Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman al-Thani mengatakan negaranya menjadi mangsa berita palsu yang disiar media Arab Saudi dan UEA.

Doha bekerjasama dengan Biro Investigasi Federal AS (FBI) menyiasat dakwaan peretasan yang menyerang pejabat berita Qatar.

Kurang seminggu selepas kenyataan itu disebarkan oleh peretas, pada 5 Jun lepas, Saudi, UEA, Bahrain, Mesir, Yaman dan Libya memutus hubungan diplomatik dengan Qatar.

Bagaimanapun menurut CNN, tidak jelas adakah kerajaan UEA melakukan secara langsung peretasan itu atau menggunakan khidmat pihak ketiga.

Menurut Washington Post rancangan peretasan tersebut muncul dari e-mel yang diretas dari akaun peribadi al-Otaiba.

E-mel tersebut beredar di kalangan wartawan dalam beberapa bulan kebelakangan.

Peretasan akaun e-mel al-Otaiba itu didakwa oleh organisasi pro-Qatar yang menamakan dirinya GlobalLeaks.

Sementara itu, Duta Besar UEA ke AS, Yousef al-Otaiba membantah laporan tersebut.

Otaiba menganggap tuduhan terhadap kerajaan UAE sebagai salah.

Bagi Otaiba perilaku Qatar selama ini memang menyokong dan membiayai kumpulan ekstremis dari Taliban hingga Hamas dan juga Qadafi.

Memetik Middle East Monitor pada Isnin, Otaiba berkata, UAE tidak memiliki peranan apapun dalam dakwaan peretasan yang dilaporkan dalam artikel tersebut.

Kementerian Luar Negeri AS menolak memberi komen berhubung laporan berkenaan. – Sarawakvoice