Mangsa keempat wabak rabies meninggal dunia

KUCHING: Mangsa keempat jangkitan rabies meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Padiatrik Hospital Umum Sarawak di sini, jam 2.05 petang tadi.

Kematian beliau disahkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sebentar tadi.

Mangsa, Florencesia Edward, 5 tahun, berasal dari Kampung Ampungan, Serian dikesan digigit anjing di Kampung Seroban pada 27 Mei.

Pada 3 Julai, mangsa menunjukkan simptom jangkitan rabies sebelum dibawa ke Hospital Serian, sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.

Kes kemudian disahkan positif rabies pada 11 Julai lalu.

Keadaan manga bertambah kritikal sejak Sabtu lalu dan terpaksa bergantung kepada alat sokongan pernafasan.

Mayat mangsa dituntut keluarganya sekitar jam 4.30 petang tadi, selepas memasuki Jabatan Forensik pada jam 3.51 petang.

Media bagaimanapun dilarang untuk merakamkan visual mangsa.

Mangsa yang sebelum ini berusia empat hingga tujuh tahun.

Tiada mangsa baharu yang kronik dilaporkan setakat ini. – Sarawakvoice