Jenayah biadab Israel kepada umat Islam

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa dan menahan Mufti Baitul Maqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadab Israel kepada umat Islam.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu dalam apa-apa juga usaha bagi melawan rejim berkenaan dan sekutunya.

“Masjid Al-Aqsa dan keselamatan Baitul Maqdis adalah tiang kesatuan umat dan mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman regim haram Israel dan Zionis,” katanya dalam satu kenyataan.

Alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakannya seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa.

“Saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab. Sepatutnya  Pertubuhan Negara Islam (OIC), Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Ketua-ketua Negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis itu bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam,” tegasnya.  

Sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia)  yang diadakan pada 20-22 Julai 2017 di Kelantan,  Abdul Hadi berkata, usul tergempar akan dibincangkan bagi mengecam tindakan rejim haram Israel itu.

Tambahnya, bagi memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan keamanan dunia. – Sarawakvoice