Kereta sedan bermandikan ribuan ikan belut

OREGON: Sebuah kereta sedan yang dibawa pemandu dari Oregon, Amerika Syarikat paling teruk berbanding lima kenderaan lain yang ditimpa ribuan ikan belut di Salvatore Tragale.

Menurut Sky News pada Jumaat, sebuah trak mengangkut 13 kontena berisi belut seberat 3,402 kilogram kemalangan dan terbalik menyebabkan ribuan kilogram belut menghujani jalan raya tersebut.

Kereta tersebut rosak teruk dan bermandi ribuan belut, bagaimanapun pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.

Akibat insiden tersebut, jalan raya terpaksa ditutup buat sementara kerana dibanjiri belut yang turut menyebabkan permukaannya basah dan licin.

Polis bersama pegawai bomba membersihkan jalan tersebut daripada bermandikan ribuan belut dengan jentera berat termasuk menggunakan jengkaut. – Sarawakvoice