Sertai percuma Bengkel e-Usahawan di Kuching, pilih esok Sabtu atau Ahad

KUCHING: Sesuai kebangkitan ekonomi digital serta e-usahawan atau perniagaan internet dunia yang kini rancak digerakkan di Malaysia serta menjadi agenda penting kerajaan tempatan, usahawan dipelawa menyertai Bengkel e-Usahawan.

Bengkel e-Usahawan diadakan bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara percuma kepada usahawan mikro di Sarawak.

Menurut maklumat yang boleh dikongsikan di Whatsapp: eUsahawan Kuching Julai, peserta berminat menyertai bengkel ini diminta menghantar maklumat kepada Coach atau eUsahawan Certified Master Trainer Rostam Mustaffa wasap.my/60133884488.

Pendaftaran online turut boleh dibuat di www.bit.ly/euSarawak.

Keutamaan penyertaan diberikan kepada 50 peserta yang belum pernah menghadiri Bengkel eUsahawan.

Untuk siri bengkel pada Julai di Sarawak yang diadakan di Level 2, Sarawak Plaza, Kuching peserta boleh memilih salah satu tarikh yang dijadualkan iaitu sama ada Sesi 1 pada esok, Sabtu, 15 Julai ataupun Sesi 2 pada Ahad, 16 Julai.

Menurut Rostam ketika dihubungi Sarawak Voice, antara tajuk atau bahan yang dimuatkan dalam bengkel satu hari bermula 9 pagi hingga 5 petang ini ialah:
– Facebook for Business
– Instagram for Business
– WhatsApp Marketing
– Copywriting Techniques
– Search Engine Optimization (SEO)
– Google Trend & FBAds

Syarat mengikuti Program eUsahawan ini ialah:
– Warganegara Malaysia.
– Berumur 18 tahun ke atas.
– Mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan.
– Keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital.
– Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba.