Najib main lagu Ed Sheeran dalam MRT, Malaysikini dikecam netizen

KUALA LUMPUR: Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).

Beliau menzahirkran rasa puas hati terhadap kelancaran perkhidmatan yang disediakan.

Perdana menteri  dan keluarga berkesempatan meninjau dan mencuba sendiri tren fasa kedua MRT yang akan beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai depan, petang semalam.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan infrastruktur bertaraf dunia jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang ini yang dibangunkan, diusahakan oleh ribuan anak tempatan sejak tahun 2010.”

Namun begitu, pengalaman beliau telah dicemarkan dengan kontroversi yang dicetuskan oleh portal berita Malaysiakini.

Portal itu  melaporkan, “pengguna lain MRT komuter dipaksa memberi ruang kepada Perdana Menteri dan rombongannya.”

Terkilan dengan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh Malaysiakini, William berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan acara tersebut.


William Cheah merupakan  antara individu yang bertuah diberi peluang menaiki MRT bersama Najib.

Antara kenangan terindah sepanjang acara tersebut menurut William ialah detik apabila Najib memainkan lagu Ed Sheeran melalui akaun Spotify.

Tujuannya, untuk berhibur bersama-sama rombongan beliau.

Mengulas laporan portal berkenaan, beliau berkata: “Pastikan anda melaporkan maklumat yang tepat.”

“Laluan MRT tersebut masih lagi di peringkat ujian dan belum dibuka kepada orang awam!

“Hanya tetamu undangan yang ada pada waktu itu.”

Mempertikaikan laporan Malaysiakini  tentang kehadiran penumpang ‘hantu’ itu, beliau lantas memuji layanan Najib.

Perdana Menteri, katanya, memberi peluang kepada beberapa individu terpilih untuk menikmati kejayaan terbaharu Malaysia.

Tambah William: “Kami bergantung harap kepada pihak media supaya memberi maklumat yang membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan maklumat tepat.”

“Tetapi, jika media menyebarkan maklumat yang salah, laporan itu akan menyusahkan rakyat.

“Anda mempunyai tanggungjawab untuk memperkatakan yang benar, paling tidak janganlah sehingga menipu,” tulisnya. – Sarawakvoice