Lelaki naik pesawat dua kali sehari bekerja di pejabat

LOS ANGELES: Biasa bagi individu menaiki pesawat dua atau tiga kali setahun untuk sesuatu tujuan termasuk untuk bercuti ke luar negeri atau negara.

Malah, ada yang langsung belum pernah menaiki kapal terbang seumur hidup.

Berbeza dengan kehidupan rutin seharian lelaki Amerika Syarikat ini, Curt von Badinski, seorang jurutera mekanik dan pengasas syarikat teknologi, yang hanya menaiki kereta untuk menuju atau balik dari lapangan terbang.

Setiap hari beliau menaiki pesawat dua kali sehari dari lapangan terbang Los Angeles menuju pejabatnya di San Fransisco.

Menurut BBC pada Khamis Badinski menaiki pesawat ulang-alik lima hari seminggu.

Beliau bangun 5.30 pagi, kemudian memandu 15 minit menuju Lapangan Terbang Bob Hope Burbank untuk naik pesawat.

Pesawat tersebut terbang sekitar sejam setengah menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland.

Di lapangan terbang sebelah Oakland, Badinski menaiki kereta lagi untuk sampai ke pejabatnya 8.30 pagi.

Waktu pejabatnya tamat 5 petang dan Badinski mengejar semula pesawat pada 7.15 petang yang membawanya pulang ke Burbank.

Beliau sampai di rumah sekitar 9 malam setiap hari.

Badinski membayar AS$2,300 (hampir RM10,000) sebulan untuk menaiki kapal terbang pergi dan balik pejabatnya.

Oleh kerana maklumat peribadi Badinski tersimpan dalam data di lapangan terbang, beliau dibenarkan melewati terminal utama serta melalui prosedur keselamatan dengan mudah.

Beliau hanya memerlukan masa beberapa minit memasuki pintu masuk menuju pesawat sebaik sahaja memparkirkan kenderaannya.

Badinski berkata, beliau memanfaatkan masa kerja di pejabat dengan penuh semangat dan rasa keterujaan. – Sarawakvoice