Ayah dakwa hantu paksa dia potong kedua-dua telinga anaknya

DELHI: Amrit Bahadur, 35, ayah kepada enam anak dari Delhi, India memberitahu polis bahawa sebelumnya dia bermimpi hantu atau “semangat” berbisik kepadanya agar membuat anaknya menangis.

Jika dia tidak melakukan hal itu, anaknya yang berusia 3 tahun itu akan mati.

Arahan daripada hantu itu menyebabkan Amrit, tukang cuci di restoran menyerang anaknya, Bina di rumah mereka.

Sebelum itu, Amrit mengunci isterinya Meena Devi, 33, dan lima anak mereka di dalam bilik.

Amrit memukul Bina sebelum memotong kedua-dua telinganya.

Amrit memberitahu: “saya potong sedikit telinganya, tetapi suara itu meminta agar memotong seluruh telinganya.

“Jadi saya letak kedua-dua telinganya yang dipotong di satu sudut agar hantu mengambilnya,” ujar Amrit.

Semasa anaknya Bina menjerit kesakitan, jiran terdengar dan mereka datang membantu serta menelefon polis.

Amrit ditangkap di tempat kejadian.

Bina yang mengalami pendarahan yang banyak dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya menyambung semula telinganya.

Isterinya Devi memberitahu, Amrit mengalami gangguan sejak dua bulan lepas, selepas anak mereka berusia 2 tahun meninggal dunia akibat demam.

Memetik The Sun 23 Jun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Nupur Prasad berkata: “Apabila pasukan kami memasuki rumah, lelaki itu menekan pisau ke leher anaknya.”

Polis percaya Amrit mendapat halusinasi kerana mengambil alkohol dalam jumlah yang tinggi.

Isterinya mengaku Amrit minum banyak alkohol sebelum serangan itu.

Isterinya Devi, anehnya selepas itu memberitahu media tempatan, bahawa dia menyokong suaminya dibebaskan.

Sebaliknya Devi mahu polis agar menangkap hantu yang dimaksudkan suaminya yang memberi arahan dia memotong telinga anak mereka. – Sarawakvoice