Indonesia dijangka punya 300 juta penduduk dalam 20 tahun lagi

JAKARTA:  President Joko “Jokowi” Widodo  merancang untuk menggalakkan keluarga di negara ini supaya mempunyai lebih banyak anak.

Penduduk Indonesia dijangka mencecah 300 juta dalam tempoh 20 tahun.

Indonesia, negara 17,000 pulau mempunyai 350 juta penduduk.

Menteri Perancangan Pembangunan Negara, Bambang Brodjonegoro berkata pada Selasa, seperti dipetik The Jakarta Post, kempen perancangan keluarga ketika ini yang menggalakkan keluarga hanya mempunyai dua anak.

Dasar ini telah berkuat kausa sejak 1970-an, dan disifatkan beliau tidak lagi sesuai untuk mengekalkan keseimbangan dalam pertumbuhan penduduk.

Keadaan ini, katanya,  boleh menyebabkan kemerosotan bagi golongan dalam lingkungan usia bekerja kemudian hari.

“Matlamatnya adalah untuk mengekalkan kadar kesuburan pada kadar 2.1  anak setiap pasangan sehingga 2025  bagi memungkinkan bonus demografi yang stabil,” kata Bambang. – Sarawakvoice