Tulisan tangan Mao Zedong dilelong dengan harga 10 kali ganda

LONDON: Kumpulan catatan tulisan tangan pengasas Republik Rakyat China, Mao Zedong dilelong dengan harga 10 kali  ganda daripada taksiran nilai awal.

Catatan yang ditulis tahun 1975 itu yang ditujukan kepada seorang profesor yang dibayar untuk membaca kepada Mao berhasil dijual seharga £704,750 (RM3,888,645) di balai lelang Sotheby’s, London, lapor BBC.

Sotheby’s menggambarkannya sebagai ‘amat langka’.

Mao Zedong

Pembelinya ialah seorang kolektor Cina, namun lelongan berkenaan diikuti pelbagai pihak dari seluruh dunia.

“Ditulis ketika kesihatan Mao memburuk, setahun sebelum meninggal, catatan itu berkaitan dengan puisi dan sastera klasik Cina, yang amat digemari pemimpin Cina moden tersebut,” kata laporan itu.

Tambahnya, ketika itu penglihatan Mao memburuk dan dia menghadapi kesulitan membaca sehingga memerlukan bantuan seorang ahli sastera untuk membacakan karya-karya sastera klasik.

Maka Di Lu ditugaskan berkhidmat  untuk Mao, yang juga sudah berjuang untuk berbicara sehingga diminta untuk menulis pandangannya di buku catatan.

Kumpulan catatan itu, menurut Sotheby’s, ialah ‘sejumlah wawasan bernilai tentang pemikiran Mao dalam kesusastraan.”

Mao Zedong memimpin Partai Komunis China dalam mengalahkan Kuomintang tahun 1949 dan mendirikan Republik Rakyat China.

Pada masa mudanya dia bekerja di Perpustakaan Universiti Peking dan dikenal sebagai penggemar dan penulis karya-karya klasik walau secara politik menganut nilai-nilai revolusioner. – Sarawakvoice