Polis berkas abang kandung tetak kepala adik perempuan di Lawas

LAWAS: Polis Lawas menahan lelaki, 28, yang dilaporkan menetak kepala adik kandungnya sendiri berusia 20-an di Kampung Batu Tiga, Jalan Trusan.

Mangsa memberitahu dia ditetak abangnya 3 petang Isnin tanpa mengetahui punca suspek sanggup bertindak demikian.

Mangsa cedera di bahagian kepala akibat tetakan sebilah parang sepanjang 37.5 sm yang turut dirampas.

Sebelum ini, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut sebaik sahaja isterinya menelefon dari rumah.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berjaya diberkas sejurus selepas itu di rumah mereka bersama senjata yang digunakan dalam insiden terbabit.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca dan motif kejadian.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Lawas dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice