KUALA LUMPUR: DAP tiada pilihan selain mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) atau terpaksa mengemis simpati parti komponen Pakatan Harapan yang lain untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, sekiranya DAP masih gagal mengadakan pemilihan semula CEC, berkemungkinan besar  ia tidak boleh bertanding pada PRU-14.

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan Bersatu selepas Pas mengambil tindakan keluar daripada Pakatan Rakyat, sebelumnya.

“DAP tidak ada talian hayat lain selain mengadakan pemilihan semula CEC jika tidak mahu tebal muka mengemis simpati rakan kongsi dalam Pakatan Harapan bagi terus bertanding pad PRU,” katanya seperti dipetik Umno online, hari ini.

Ujarnya, memang jelas DAP cuba mempolitikkan isu ini walaupun kesalahan berpunca daripada parti itu sendiri, namun undang-undang tetap undang-undang.

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah pun mengeluarkan arahan jadi apa lagi pilihan yang Dap ada.

Walaupun empat tahun telah berlalu dek kerana kelembutan ROS tetapi Dap hanya mengambil kesempatan dan tidak membetulkan kesilapan yang telah berlaku,” ujarnya.

Tambah Rahmad, jika kepemimpinan DAP bersikap serius serta profesional demi menjaga maruah parti dan ahlinya, sepatutnya DAP telah memohon satu perintah mahkamah dari dahulu lagi.

Tambahnya, seharusnya DAP bersyukur kerana RoS tidak bercadang untuk mengharamkan parti  itu walaupun itu dalam bidang kuasanya. – Sarawakvoice