MARAWI: Cadangan polis Filipina mengeluarkan kad pengenalan khas untuk ribuan Muslim di sini bagi mengawal terorisme, mencetuskan kontroversi di negara berpenduduk majoriti Katolik itu.

Namun, tindakan itu ditentang oleh kumpulan hak asasi manusia.

Human Rights Watch menyifatkan tindakan itu melanggar hak asasi manusia bagi Muslim untuk mendapatkan perlindungan yang sama dengan penduduk lain.

“Meminta kad pengenalan khas untuk menanggapi kegagalan Muslim mencegah kelompok Islamis masuk Marawi ialah hukuman kolektif,” kata kelompok yang berpangkalan  di New York.

Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanau (ARMM) Mujiv Hataman menyifatkan langkah itu  bersifat diskriminatif dan merupakan “duluan berbahaya”.

Aaron Aquino, polis di Luzon Tengah dengan sekitar 25,000 penduduk Muslim seperti dipetik BBC berkata, kad pengenalan khas  itu perlu bagi mendata dan mengusir individu yang terkait dengan terorisme.

Aquino berkata, sistem yang sama telah diterapkan di kota Paniqui dan akan “direplikasikan dalam kalangan Muslim lain di seluruh kawasan sehingga kita dengan mudah dan efisien dapat mengenal pasti saudara-saudara Muslim kita.”

Langkah menentang terorisme ialah susulan penaklukan kota Malawi oleh puak militan Maute yang melancarkan serangan sejak 23 Mei.

Dalam dua bulan terakhir, tentera Filipina menggempur kota Marawi setelah kelompok Maute mengambil alih kota di  selatan Filipina itu.

Presiden Rodgrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang darurat di Mindanao dan meminta maaf setelah menyalahkan penduduk Marawi yang mengikut beliau membenarkan para simpatisan Maute masuk ke kota itu, menurut BBC.

Terdapat kekhuatiran, sistem kad pengenalan khas itu akan memburukkan keadaan dan dapat “mencetuskan kemarahan anak-anak muda Muslim yang menjadi sasaran rekrut kelompok ekstrem”. – Sarawakvoice