Datuk Bandar kahwini buaya

SAN PEDRO: Sang pengantin bergaun putih didandan dengan mahkota bunga.

Pengantin “perempuan” itu menikahi suaminya, Datuk Bandar San Pedro Huamelula bernama Victor Aguilar demi diyakini membawa nasib baik bagi kota San pimpinannya itu.

Menurut CNN pada Isnin, pernikahan awal Jun itu merupakan tradisi yang berlangsung ratusan tahun di kota selatan Mexico itu.

Dan pengantin perempuan itu ternyata ialah seekor buaya!

Buaya berkenaan dibawa dalam sebuah perarakan mengelilingi kota sebelum upacara pernikahan berlangsung.

Menurut kisah silam pra-Hispanik, dua suku kaum tradisional di San Pedro Huamelula iaitu Chontales dan Huaves (Mareños) saling bertikai.

Semenjak suku Huaves berhijrah di Pantai Pasifik yang didiami puak Chontales, kedua-dua suku kaum mendakwa masing-masing mampu membawa nasib baik bagi mendatangkan pulangan hasil pertanian yang lumayan di situ.

Legenda mengisahkan konflik antara kedua-dua suku kaum itu hanya berakhir selepas putera raja Chontales dan puteri raja Huaves saling jatuh cinta hingga akhirnya mereka berkahwin.

Pernikahan merpati dua sejoli itu terus diperingati hingga sekarang di San Pedro Huamelula.    

Datuk Bandar San Pedro Huamelula berperanan sebagai putera raja Chontales.

Manakala, buaya dikahwininya melambangkan puteri raja Huales.

Apabila upacara perkahwinan selesai, muzik dan tarian terus dimainkan, termasuk diadakan tarian antara pengantin lelaki dengan pasangannya sang buaya.

Pernikahan tersebut turut merupakan sebahagian daripada perayaan menghormati orang suci pelindung kota, Santo Petrus. – Sarawakvoice