Trump silap, PM S’pura sebagai Presiden Indonesia Jokowi, Xi Jinping China dikatakan Presiden Taiwan

WASHINGTON: Sebelum ini, netizen bungkam melihat telatah Presiden America Syarikat Donald Trump yang tidak berhati-hati semasa berkomunikasi di media sosial khususnya berhubung pengetahuannya berkaitan nama pemimpin dunia dan negara yang diwakili mereka.

Di Instagram memperlihatkan foto pertemuan Presiden Trump dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Namun, apabila Trump memuat naiknya di media sosial itu, Trump menulis kafsyen foto tersebut sebagai pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi.

Adakah ia memalukan bagi seorang pemimpin besar?

Washington Post pada Sabtu lepas turut menyenaraikan kesilapan lain Trump antaranya pernah merujuk Perdana Menteri Shinzo Abe sebagai “Presiden Abe dari Jepun” dalam siaran berita yang memperincikan pertemuan Trump dengan pemimpin Jepun.

Pada Januari lepas, Rumah Putih tersalah taip nama pertama Perdana Menteri Britain Theresa May dengan meninggalkan huruf “h,” yang dihantar kepada pihak akhbar dengan nama bekas bintang porno Teresa May!

Sementara pada Februari, Setiausaha Akhbar White House Sean Spicer merujuk nama Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sebagai “Joe” semasa sidang akhbar menjadi “Perdana Menteri Joe Trudeau”.

Sehingga semasa berucap Trudeau menyindir, “jabat tangan itu sungguh normal, Sean Spicer juga terlupa nama saya.”

Sementara, dalam wawancara dengan Wall Street Journal pada April, Trump pernah mengatakan “Korea digunakan menjadi sebahagian daripada China” padahal Korea tidak pernah di bawah kawalan langsung atau rasmi dengan China.

Bagusnya, kesilapan sedemikian sama ada dilakukan oleh Trump atau pengendali media sosialnya atau pegawai beliau, ia diperbetulkan kemudian beberapa jam atau hari selepas dikritik netizen yang prihatin.

Dalam perkembangan terbaru, sekali lagi Rumah Putih melakukan keilapan yang sangat sensitif semasa pertemuan bilateral dengan Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G20 di Hamburg, Jerman dengan tersilap tulis Xi sebagai pemimpin Republik China iaitu nama lain yang merujuk kepada Taiwan.

Padahal Xi Jinping sebenarnya ialah Presiden Republik Rakyat China.

Isu ini dianggap sangat sensitif ketika hubungan diplomatik antara China dengan Taiwan belum pulih.

China masih menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Nama presiden bagi Taiwan yang juga dikenali sebagai Republik China ialah Presiden Tsai Ing-wen.

Sebuah kenyataan Rumah Putih terpaksa dikeluarkan dan pembetulan dilakukan selepas itu bagi menangani kesilapan yang dilihat sebagai sangat sensitif itu! – Sarawakvoice