Si nenek cekik mati cucunya, akhirnya mati tercekik ketika makan oren

MADRID: Ini kisah si nenek, 67, asal Sepanyol yang tega mencekik cucunya sendiri sehingga mati… dan akhirnya si nenek turut mati tercekik semasa menikmati sepotong oren.

IBTimes pada Khamis melaporkan si nenek didakwa membunuh cucunya berusia 10 tahun pada September 2015 di Basque, Errenteria.

Nenek dikenal pasti membunuh cucunya dengan menjerut tali baju hujan pada leher kanak-kanak malang itu dengan menganggapnya sebagai satu permainan.

Kanak-kanak tersebut dicekik di salah satu bilik di rumahnya yang dikongsi bersama suaminya yang ketika itu keluar dan tiada di rumah.

Selepas berlaku jenayah tersebut, nenek terbabit menelefon polis, mengaku dia membunuh cucunya.

Semasa sampai, polis menemui gadis kecil itu masih bernyawa, namun meninggal keesokan harinya semasa di hospital.

Nenek yang diduga menghadapi masalah mental itu kemudiannya diarah untuk dirawat di Hospital Psikiatri Aita, Arrasate, 40 kilometer dari Bilbao.

Pada 23 Jun lepas, ketika menikmati hidangan di meja makan, nenek tersebut tiba-tiba tersedak potongan oren di hadapan jururawat.

Jururawat berusaha keras cuba membersihkan saluran pernafasannya mengelak nenek itu tercekik.

Melihat keadaan si nenek semakin sukar bernafas, jururawat memanggil doktor.

Namun, kekurangan peralatan di hospital psikiatri itu memaksa mereka mengejar si nenek dengan ambulans menuju Hospital Umum Txagorritxu de Vitoria.

Nenek malang itu dilaporkan meninggal sejurus selepas itu. – Sarawakvoice