Serangan hendap di Marawi berterusan

MARAWI: Tentera Filipina di sini berdepan cabaran besar apabila pemberontak berselindung di dalam rumah dan bangunan ketika dikhuatiri sekitar 350 warga masih terperangkap.

Pihak tentera yang dikutip media dan agensi media di sini mengakui pemberontak yang berselindung di bangunan tinggi menimbulkan masalah.

Penembak hendap yang mulai bertempur dengan tentera sejak konflik tercetus 23 Mei lalu menyaksikan lebih 60 tentera terkorbn.

Menyedari keadaan itu tidak boleh dibiarkan, kerajaan mengambil keputusan melancarkan serangan udara.

Jika strategi ini tidak dilakukan dikhuatiri lebih banyak tentera akan terkorban.

Dengan pemberontak yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh berada di bangunan tinggi, maka bagi memastikan serangan dapat dilancarkan dengan berkesan, tentera perlu berada pada kedudukan lebih tinggi, kata pihak tentera yang dikutip media di sini.

Pihak tentera menurut AFP, menggunkan jet penyerang dan helikopter dengan bom dan roket untuk menyerang kawasan persembunyian puak militan.

Pertempuran yang sudah melebihi sebulan menyaksikan banyak sekolah,rumah, kedai dan gereja musnah. – Sarawakvoice

Foto Tentera Filipina