Anak derhaka ugut ibu dengan pisau di Tambirat kena 6 bulan di Penjara Puncak Borneo

SERIAN: Padah menjadi anak derhaka, seorang lelaki berusia 28 tahun menjadi penghuni penjara Puncak Borneo selama enam bulan bermula tarikh tangkapannya, 1 Julai lalu.

Semuanya gara-gara tindakannya mengugut ibunya sendiri menggunakan pisau di rumah mereka di Kampung Tambirat pada 30 Jun lalu.

Hukuman penjara tersebut diputuskan oleh Hakim Marutin Pagan di Mahkamah Majistret Serian, setelah mengambil kira lelaki terbabit mengaku salah perbuatannya.

Suspek mengaku salah melakukan perbuatan tersebut pada 30 Jun lalu, sekitar jam 2 petang sebelum ditangkap keesokan harinya.

Kes dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Tertuduh sebelum ini pernah memiliki rekod jenayah dengan memasukkan dadah ke dalam badan. -Sarawakvoice