Perompak pecah rumah di Bintulu lelong hasil curi melalui Facebook

MIRI: Suspek melakukan beberapa siri pecah rumah kemudian merompak barangan dan hasil curi untuk dijual di Facebook.

Seorang lagi suspek menjual hasil curi di kedai telefon bimbit.

Kali ini polis percaya dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah di kawasan perumahan MNLG Kidurong, Bintulu dengan tertangkapnya dua suspek lelaki rakyat tempatan di stesen minyak di Medan Jaya, Bintulu pada 6.30 petang Selasa.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, pihak polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek berusia 26 dan 29 tahun itu antaranya sebuah kereta, sebuah motosikal, komputer riba, lima telefon bimbit pelbagai jenis, tablet dan dua kamera.

Zalinni berkata suspek menjalankan modus operandinya pada sebelah malam dengan menyasarkan rumah kosong sebagai sasaran rompakan, kemudian menjual hasil rompakan di media sosial. – Sarawakvoice

Gambar hiasan