Sudah semakin jelas, siapa sebenarnya yang bakal dicalonkan sebagai PM ke-7 sekiranya menang pada PRU-14 nanti. Dan sudah jelas juga, siapa yang paling dominan dan membuat keputusan bagi Pakatan Harapan meskipun para penyokong Tun Dr. Mahathir mendabik dada, bekas Perdana Menteri itu lebih berpeluang untuk menjadi ketua Pakatan Harapan yang berjawatan Pengerusi.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang menyatakan Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri ke-7 sekiranya Pakatan Harapan menang. Alasannya ialah perundangan. Lim Kit Siang betul dalam hal ini walaupun PKR sangat marah dan cuba menegakkan pendapat mereka, Anwar layak sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan, cadangan Parti Cap Bunga untuk mencalonkan Mahathir dan Muhyiddin ke jawatan tertinggi Pakatan Harapan, ditolak. Lim Guan Eng dan DAP menolak cadangan Cap Bunga dan tidak akan bersetuju sama sekali jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan diserahkan kepada Mahathir dan Muhyiddin.

Menurutnya, Cap Bunga tidak boleh memonopoli jawatan tertinggi dalam Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu ini.

Bagaimanapun, menurut Guan Eng, Mahathir hanya dibenarkan memainkan peranan utama untuk menentang Barisan Nasional dan bukannya memegang tampuk pentadbiran dan pengurusan Pakatan Harapan.

Dengan kata lain, Guan Eng mahu Dr. Mahathir dan Muhyiddin terus menjadi pencacai DAP semata-mata. Mukhriz pula, langsung tidak disebut kerana Guan Eng barangkali sedar, Mukhriz tidak tahu apa-apa.

Sebelum ini, Parti Cap Bunga mencadangkan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan, manakala Lim Guan Eng dan Mat Sabu sebagai Naib Presiden.

Takkan tak nampak-nampak lagi?

DAP adalah parti dominan. Tidak akan sesekali mereka akan merendahkan diri seperti yang dikehendaki oleh Dr. Mahathir dan Cap Bunga. Mereka berbaik-baik dengan Dr. Mahathir dan Cap Bunga kerana melihat Dr. Mahathir sebagai umpan terbaik mendapatkan sokongan Melayu untuk DAP.

DAP hanya bersetuju sekiranya, semua jawatan tinggi diberikan kepada mereka. Manakala Melayu-Melayu dalam Pakatan Harapan hanya berperanan sebagai pencacai dan penipu bagi pihak DAP sepertimana yang dilakukan oleh PKR dan PAN.