Bantu polis jejaki dua suspek terbabit jenayah komersial

KUALA LUMPUR: Pihak polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan dua suspek yang terbabit dengan jenayah komersial di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Mereka dikehendaki polis bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pegawai Pusat Media Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Nor Nazahiyah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek berketurunan India itu dikenali sebagai R. Maran, 51 dan M.S. Sumathi, 34.

Menurut kenyataan itu lagi, Maran memiliki alamat terakhir di B-6-3 Permai Ria Kondominium, Jalan 1/18, Taman Batu Permai, Off Jalan Ipoh, manakala Sumathi di No.57, Jalan Glen 1/1, Taman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.

Katanya, mereka yang mengenali suspek diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Sentul, Inspektor Liew Boon Tat di talian 012-3689329, 03-4048 2222 (sambungan: 3281) atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728. – Sarawakvoice