Ada 15,000 senjata nuklear di Bumi, bayangkan jika pemimpin gila letupkannya…

Amerika Syarikat (AS) dan Rusia diyakini memiliki senjata nuklear terkuat di muka bumi ini; senjata termonuklear.

USA Today melaporkan, Rusia memiliki sekitar 7,300 senjata pemusnah, sementara AS menyimpan 6,970 buah.

Tujuh lagi negara lain yang mempunyai kuasa senjata nuklear ialah Perancis memiliki 300 buah, China 260, Britain 215, Pakistan 130 India, Israel 80, Korea Utara 15.

Menurut Independent awal Januari 2017, salah satu bom nuklear paling berbahaya milik AS ialah senjata B83, kekuatannya 80 kali ganda bom atom Hiroshima.

Andai kata B83 digugurkan di New York, radius letupannya mampu mencapai 7 batu.

B83 (foto: youtube.com)

Pada 1954, AS melakukan ujian bom nuklear dalam Operasi Castle Bravo.

Bom nuklear tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,500 kiloton, atau 1,000 kali lebih kuat daripada bom atom di Hiroshima.

Jika digugurkan di New York, radius letupan bom tersebut boleh mencapai 21 batu.

Castle Bravo (foto: youtube.com)

Pada Oktober 1961, Kesatuan Soviet melakukan ujian nuklear bernama Tsar Bomba yang merupakan bom paling kuat yang pernah diletupkan.

Kekuatan Tsar Bomba mencapai 50,000 kiloton, atau 3,300 kali ganda bom atom di Hiroshima.

Awan cendawan yang dihasilkan Tsar Bomba lebih tinggi dari Gunung Everest, gunung tertinggi dunia iaitu 209,974 kaki (tinggi Everest hanya 29,029 kaki).

Jika dijatuhkan di New York, radius letupan Tsar Bomba mencapai 31 batu dan mampu memusnahkan bandar raya tersebut dengan sekali serangan.

Bom nuklear tersebut dicipta lima dekad lepas.

Boleh bayangkan kemajuan dan kekuatan bom nuklear yang terhasil secara simulasi dan rahsia di makmal negara kuasa besar di dunia pada hari ini?

Sekiranya berlaku Perang Dunia Ketiga dengan setiap blok pemimpin yang penasaran mengambil tindakan meletupkan sekitar 15,000 senjata nuklear di seluruh dunia, bayangkan apakah yang terjadi terhadap nasib manusia dan isi Bumi ini! – Sarawakvoice