Syarikat tujuan khas (SPV) pemegang konsesi Terowong Pulau Pinang meraih keuntungan RM61.5 juta dari pendapatan RM51.8 juta dalam masa setahun sahaja.

1. Pada 24 Jun 2017, sehari sebelum sambutan Hari Raya, Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow mengadakan sidang media bagi menafikan RM177.5 juta dibayar bagi fi rekabentuk tiga lebuhraya sepanjang 20 kilometer terlebih bayar sebanyak 400 peratus.

2. Pada masa sama, YB Chow mengesahkan ia adalah 17.6 peratus terlebih bayar dan bukan 400 peratus sebagaimana perkiraan dibuat Lembaga Jurutera Malaysia dan turut dinyatakan Menteri Kerja Raya.

3. YB Chow turut mengesahkan, bayaran RM177.5 juta itu termasuk fi bagi kerja-kerja lain dan menyenaraikan 10 kerja berkenaan:

a) Konsultan bagi kerja sivil dan struktur
b) Ukur tanah
c) Kajian Terperincin Impak Alam Sekitar (DEIA),
d) Rekabentuk terowong
e) Rekabentuk senibina
f) Rekabentuk mekanikal dan elektrikal
g) Pengurusan projek
h) Kajian impak sosial
I) Kajian impak trafik, dan
j) Kajian kebolehlaksanaan kewangan dan pembiayaan

4. Selepas semakan dan rujukan dengan pelbagai pihak, Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) mendapati senarai yang didedahkan itu adalah sub-komponen atau komponen sampingan sahaja bagi kajian menyeluruh kebolehlaksanaan, rekabentuk terperinci dan DEIA.

5. Kajian kebolehlaksanaan itu, di mana tambahan bayaran sebanyak RM31.2 juta sudah dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang dan berasingan dari fi RM177.5 juta sudah tentu mencakupi ukur tanah, kajian impak trafik dan kebolehlaksanaan kewangan.

6. Fi rekebantuk terperinci itu, di mana ia adalah tumpuan kepada bayaran terlebih sebanyak 400 peratus, sudah tentu merangkumi konsultansi kerja sivil dan struktur, rekabentuk terowong, rekabentuk senibina serta rekebantuk mekanikal dan elektrikal.

7. Kajian DEIA sepatutnya mencakupi kajian impak trafik. Bagaimanapun, kami dapati fi DEIA berkenaan tidak termasuk dalam skop kajian kebolehlaksanaan dengan kos RM31.2 juta dan rekabentuk terperinci. Ia sepatutnya adalah fi berasingan.

Ia dinyatakan dengan jelas pada lampiran 11 Laporan PAC Kerajaan Pulau Pinang bagi pembinaan Terowong RM6.34 bilion dan 3 lebuhraya.

8. Kami menasihatkan Kerajaan Pulau Pinang untuk mendalami Akta Pendaftaran Jurutera 1967 bagi memastikan skop khidmat kejuruteraan yang mencakupi skala fi dan mengambil kira pendedahan dibuat Lembaga Jurutera Malaysia serta Menteri Kerja Raya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tidak betul dan alasan tidak munasabah.

9. Kepada semua penafian yang dibuat Kerajaan Pulau Pinang terhadap fi kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci adalah pada harga amat melampau, kami turut meminta Kerajaan Pulau Pinang untuk merujuk prestasi kewangan syarikat tujuan khas (SPV) yang dianugerahkan projek RM6.34 bilion di mana RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk fi bagi tiga lebuhraya sepanjang 20 kilometer.

10. SPV ini secara khusus ditubuhkan bagi menyempurnakan projek mega ini di mana ia ditandatangani dengan Kerajaan Pulau Pinang pada Oktober 2013.

11. Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Pernyataan Kewangan terkini yang dikemukakan bagi tahun berakhir Ogos 2015 melaporan syarikat itu memperoleh keuntungan sebelum cukai yang ‘menakjubkan’ sebanyak RM61.5 juta dari pendapatan jualan RM51.8 juta biarpun modal berbayar mereka hanya RM8 juta.

12. Memandangkan tiada satu pun lebuhraya itu sudah dimulakan pembinaannya disebalik kelewatan selama tiga setengah tahun, pendapatan serta keuntungan menggunung ini berkemungkinan hasil dari fi konsultansi RM209 juta atau/dan dari tanah yang diberikan sebagai bentuk pembayaran oleh Kerajaan Pulau Pinang.

13. Sebagai perbandingan, sebuah syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang merupakan salah satu konsultan kejuruteraan dan khidmat pengurusan projek terbesar (dengan lebih 600 orang tenaga kerja dan 250 daripadanya adalah jurutera), memperolehi pendapatan rendah dari syarikat SPV Terowong Pulau Pinang ini, biarpun syarikat kejuruteraan itu mempunyai senarai pelanggan yang besar termasuk melakukan kerja kajian kebolehlaksanaan bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan banyak projek lain. Syarikat kejuruteraan ini turut dibayar RM11 juta oleh Kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini bagi khidmat konsultan kejuruteraan.

14. Syarikat disenarai awam ini turut merekodkan jualan RM139 juta dan keuntungan sebelum cukai RM19.7 juta sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Kewangan Tahunan terkini mereka.

Pada masa sama, syarikat SPV Terowong Pulau Pinang merekodkan jualan RM51.8 juta dan keuntungan sebelum cuai RM61.5 juta yang menunjukkan keuntungan tiga kali ganda lebih tinggi dari sebuah syarikat yang disenarai awam!

15. Berdasarkan kepada bukti dikemukakan serta pendapat Lembaga Jurutera Malaysia selain Menteri Kerja Raya, Kerajaan Pulau Pinang perlu berhenti menafikan yang mereka telah membayar secara berlebihan dan terlampau tinggi bagi fi konsultan untuk tiga lebuhraya berkenaan.

16. Hanya segelintir penduduk Pulau Pinang akan dapat menerima kertas kerja bagi lebuhraya itu akan menelan kos RM11 juta bagi setiap kilometer atau mengapa sebuah lebuhraya sepanjang 20 kilometer menelan belanja RM209 juta hanya untuk fi semata-mata (serta sudah dibayar), apatah lagi pembinaan bagi lebuhraya itu masih belum bermula, malah sudah lewat bertahun-tahun lamanya.

* Datuk Eric See-To Choong, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC)