Apa motif buat aduan tentang 1MDB di AS, tanya Pas

KUALA LUMPUR: Pas  hari ini mempertikaikan motif pihak tertentu di negara ini membuat aduan di Amerika Syarikat tentang isu 1MDB.

“Soalnya, apa motif mereka buat aduan di US mengenai isu 1MDB? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu?,” kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

“Kita tahu ada pihak yang sengaja jemput US campur tangan isu dalam negara kita,” tegasnya.

Katanya,  difahamkan bahawa telah ada dalam pengetahuan awam dan belum dinafikan oleh individu-individu terbabit bahawa merekalah yang  membuat buat aduan di Paris, Switzerland dan Amerika Syarikat supaya pihak luar ambil tindakan terhadap isu 1MDB.

“Ini maksud Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengenai isu campur tangan asing. Apa pun salah laku dalam negara, kita selesaikan perhitungannya dalam negara kita. Rakyat boleh guna kuasa undi dalam pilihan raya untuk tukar kerajaan,” katanya merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang betapa pihak luar tidak harus campur tangan dalam isu 1MDB.

“Jangan undang beruang untuk tampar nyamuk di muka kancil,” katanya. – Sarawakvoice