DAP: Kenakan caj letak kereta baharu demi kebaikan rakyat

Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) Kerajaan DAP Pulau Pinang sentiasa mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jalan raya bertol, menaikkan kadar caj letak kereta serta memperkenalkan caj letak kereta baru pada lebih banyak jalan raya yang tidak dicaj sebelum ini sebagai sumber pendapatan baru bagi Kerajaan Pulau Pinang.

Sejak itu 290 jalan raya yang tidak pernah dikenakan caj letak kereta sebelum ini telah tersenarai dan diwartakan untuk dikenakan caj parkir 80 sen sejam bermula pada 1 Julai.

Walau bagaimanapun, Kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang mengatakan bahawa mereka melakukan ini dan mengenakan bayaran parkir terhadap anda sekarang kerana ia adalah untuk faedah rakyat.

Rakyat Pulau Pinang mesti mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengenakan bayaran parkir terhadap orang ramai kerana ia memberi faedah kepada rakyat yang dikenakan caj.

Sama seperti apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan cukai taksiran pada April 2015 dan meningkatkan kadar air sebanyak 4 kali – ia juga semua untuk faedah rakyat.