Kejohanan Bola Sepak Piala Aidilfitri Piala Puan Meryani Yasin berlangsung di Kabong

KABONG: Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Puan Meryani Yasin Sempena Aidilfitri kini dibuka kepada pasukan dari sekitar Daerah Kabong, Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong dan pasukan jemputan untuk pendaftaran penyertaan.

Kejohanan yang menggunapakai nama isteri ADUN N.40 Kabong itu akan bermula pada 15 Julai.

Untuk kejohanan ini juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta piala dan medal.

Hadiah tempat kedua berupa RM1,500, tempat ketiga RM1,000 dan tempat keempat RM500 beserta piala dan medal.

Pertandingan adalah atas anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong.

Pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada wakil pengelola, Encik Johan Haji Rahman, Encik Yusuf Haji Sanyut dan Encik Hamizan Jemain.

Pasukan yang berminat juga boleh menghubungi pengelola di talian 083-411294 untuk keterangan lanjut.

Tiada bayaran penyertaan dikenakan terhadap pasukan yang mengambil bahagian. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Julai.

Sesi cabutan undi akan dijalankan pada 13 Julai. Dan sepak mula kejohanan akan berlangsung pada 15 Julai.

Kejohanan yang akan berpusat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong. – Sarawakvoice