PRS dijangka tampil seorang calon wanita dalam PRU-14

KUCHING: Setiap kali menjelang pilihan raya umum akan ada gesaan supaya lebih banyak calon wanita dikemukakan, terutama dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional.

Adakah BN Sarawak bakal menambah jumlah calon wanita dalam PRU-14?

Hanya PBB mengemukakan calon wanita dalam PRU lalu dan kedu-duanya menjadi menteri persekutuan ketika ini, iaitu Rohani Karim dan Nancy Shukri.

Pada pilihan raya negeri Mei tahun lalu, 22 calon wanita bertanding, dan enam daripada mereka menang. Empat dari BN dan dua dari DAP.

Pada PRU 2008, daripada 222 kerusi Parlimen, 479 calon mencuba nasib dan daripada jumlah tersebut 43 ialah wanita.

Sebanyak 23 menang, 12 dari BN dan 11 dari pembangkang.

Bermaksud pencapaian calon wanita ialaj 53.48 peratus berbanding 44.26 calon lelaki, kata penganalisis politik.

Kerajaan sebelum ini berazam untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus pemegang jawatan yang mempunyai kuasa membuat keputusan di sektor awam atau swasta dipegang oleh wanita.

Dijangka PRS akan menampilkan seorang calon wanita dan nama yang hangat disebut-sebut ketika ini ialah Doris Brodie. – Sarawakvoice