Mengapa parti pimpinan Ezam tidak jadi sertai Pakatan Harapan?

Ada apa dengan Pakatan Harapan, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?

Soalan ini relevan ditanya, kerana ia bukan sahaja  seperti bekeras mahu pengerusinya Tun Dr Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri, tetapi kesangsian lain terhadap kepemimpinannya, membabitkan Mahathir dan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jadi, tidak hairanlah apabila Parti Generasi Baru yang sebelum ini ingin menyertai Pakatan Harapan, kini menukar fikirannya.

Ia tidak lagi mahu bersama-sama Pakatan Harapan – satu pukulan kepada pakatan berkenaan, tentunya.

Untuk anda yang kurang pasti, parti baharu itu dipimpin Datuk Ezam Mohd Nor sebagai Presiden, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.

Datuk Ezam Mohd Nor

Parti setahun jagung itu – meminjam istilah Datuk Seri Nazri Aziz — kecewa dengan pelbagai isu kepemimpinan Pakatan Harapan.

Dikatakan parti berkenaan tidak selesa dengan peranan yang seolah-olah cuba membelakangkan PKR.

Ini tentu sesuatu yang aneh, bagaimana parti baharu itu terasa dengan tindakan gabungan berkenaan terhadap parti pimpinan Wan Azizah Wan Ismail itu.

Isu berkaitan dengan calon Perdana Menteri menyebabkan Pakatan Harapan kelihatan tidak sehaluan.

Dan, pertelagahan itu tidak baik untuk imej dan reputasinya.

Mungkin kerana itu Anwar Ibrahim menyatakan untuk ketika ini biarlah isu berkenaan tidak dibincangkan.”

Jika tidak, perbuatan itu samalah seperti ‘burung terbang dipipiskan lada’.

Atau seperti analogi Pas, awal-awal lagi hendak sediakan resipi memasak ikan, sedangkan ikan belum lagi ditangkap?

Makannya, lebih baik bagi Pakatan harapan menang dahulu banyak kerusi untuk memungkinkannya memerintah sebelum bincangkan isu jawatan Perdana Menetri.

Tetapi, bolehkah Pakatan Harapan tumbangkan Barisan Nasional, dalam keadaan sekarang?

“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU (PPBM),” demikian menurut kenyataan Majlis Tertinggi Parti Generasi Baru.

Parti Generasi Baru sedang diperbaharui kepada Parti Bebas Rasuah.

Bagi Parti Generasi calon yang layak bagi jawatan Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Mohamed Azmin Ali, yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Pemilihan Azmin itu merujuk kepada prestasinya mentadbir Selangor selain calon yang relevan dalam situasi semasa politik di Malaysia.

Parti Generasi Baru juga mendakwa memperoleh ‘berita daripada sumber sahih’, kononnya wujud pakatan dalam kalangan pemimpin PPBM dan pemimpin Umno, bahawa kumpulan itu tidak dikenakan tindakan jika sertai PPBM, sekiranya PH menang dalam PRU14.

“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU (PPBM),” menurut kenyataan itu lagi.

Persoalannya, sejauh manakah parti pimpinan bekas Senator Ezam itu dapat memberi kesan dalam pilihan raya umum nanti?

Atau ia tidak lebih sekadar sebagai parti nyamuk… – Sarawakvoice