KUCHING: Tumpas dalam semua perlawanan persahabatan menentang Sabah bukan cerminan sebenar prestasi pasukan Sarawak, kata pengendalinya, David Usop.

Sebalik beliau tetap optimis akan hasil pertemuan tersebut.

“Banyak perkara baharu yang diperoleh, digali dan dipelajari dalam aksi bulan puasa itu,” katanya.

Katanya, prestasi sebenar anak-anak buahnya, terutama para pemain muda dapat dilihat sepanjang aksi tersebut.

“Ada juga pemain yang berhadapan trauma, setelah bas yang dinaiki mereka berhadapan kemalangan maut.

“Ia sedikit sebanyak mengganggu emosi, rentak dan persembahan mereka,” katanya lagi.

Sarawak tumpas ketiga-tiga aksi di Kota Kinabalu minggu lalu.

Dalam aksi pertama, Sarawak kecundang 1-2 kepada Sabah, manakala skuad Piala Presidennya menenggelamkan aksi bawah 21 tahun Ngap Sayot dengan jaringan besar 1-6.

Perlawanan terakhir pula menyaksikan anak-anak buah David lemas 2-3 dalam menerusi jaringan minit-minit akhir.

“Saya berharap mereka akan mendapat pengajaran di sebalik kekalahan-kekalahan ini.

“Maknanya, mereka tidak harus memandang mudah akan cabaran setiap perlawanan yang dilalui. – Sarawakvoice