Api menjulang tinggi awal pagi tadi cemaskan penduduk Bintangor

BINTANGOR: Api menjulang tinggi mencemaskan orang ramai di sekitar Jalan Kilang dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.17 pagi dan sebuah jentera LFRT dengan kekuatan enam anggota diatur gerak ke lokasi.

Tiba dua minit kemudian, pasukan mendapati kebakaran hanya melibatkan longgokan kayu yang dibuang oleh kilang berhampiran.

“Pasukan kemudian memulakan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos bantu mula.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya dalam tempoh 25 minit,” ujarnya.

Tiada sebarang kecederaan mangsa dilaporkan, katanya lagi. – Sarawakvoice