Tiga muka baharu laksana tugas Setiausaha Tetap di Sarawak

KUCHING: Tiga muka baharu dilantik sebagai Setiausaha Tetap dalam penstrukturan semula kementerian-kementerian dan jabatan di Sarawak berkuat kuasa 7 Mei lalu.

Buckland Bangik dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah manakala Dr Saadiah Abdul Samat dilantik Setiausaha Tetap, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak.

Dato Liew Soon Eng pula dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak manakala Dato Ir Alice Jawan Empaling dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Sarawak.

Bakrie Zaini pula Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan sementara Safri Zainuddin Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Wan Lizozman Wan Omar pula dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Sudarsono Osman (Setiausaha Tetap
Kementerian Pendidikan, Sains, Penyelidikan Teknologi).

Kameri Affandi (Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan) dan  Datu Ik Pahon Joyik (Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan). – Sarawakvoice