Pas rakamkan takziah atas kemangkatan Tengku Putri Sofiah

KUALA LUMPUR: Pas Selangor merakamkan perutusan takziah atas kemangkatan Tengku Putri Sofiah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.

Adinda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berusia 68 tahun mangkat di Hospital tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 4 petang semalam.

Menurut sumber, upacara pengebumian dijangka diadakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 pada 10 pagi ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata,  dengan rasa penuh dukacita, Pas Selangor merafak sembah takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kemangkatan adinda Tuanku, Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.

“’Patik sekalian mendoakan semoga roh Almarhumah YAM Tengku Putri Sofiah ditempatkan di kalangan para solehah di sisi Allah,” kata Sallehen dalam satu kenyataan. – Sarawakvoice