Lelaki bawa samurai kutip empat mangsa, rompak telefon bimbit

SIBU: Empat lelaki lepak dan minum arak di gelanggang bola keranjang di Jalan Merlin sekitar 1 pagi, ketika datang sebuah kereta perlahan-lahan lalu di hadapan mereka.

Seperti dilaporkan Utusan Sarawak pada Khamis, salah seorang lelaki lepak itu berkata ke arah lelaki yang berada di dalam kereta, “apa tengok-tengok!”

Lelaki di dalam kereta lantas keluar sambil memegang semurai lalu mengarah agar keempat-empat lelaki berkenaan masuk ke dalam keretanya.

Suspek kemudian membawa keempat-empat mangsa “ronda-ronda” di kawasan berkenaan sebelum menurunkan seorang demi seorang mangsa.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Saiful Bahri mengikut laporan Utusan Sarawak, suspek merampas tiga telefon milik mangsa berkenaan bernilai RM1,500.

Polis masih mengesan identiti suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice