Kita berlebihan makanan berbuka puasa, kanak-kanak ini berebut-rebut sesuap nasi

Ketika rakyat negara ini melimpah dengan makanan ketika berbuka puasa, sesetengah negara Afrika berdepan dengan kebuluran dan kekurangan makanan.

Buktinya, sampai ada kanak-kanak yang terpaksa berebut-rebut makanan untuk memastikan mereka tidak kelaparan.

Keadaan seperti yang dipaparkan dalam video ini tentu dapat menginsafkan umat Islam yang membazir makanan ketika berbuka puasa.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Makanan yang berlebihan, tidak kotor malah tidak diusik selepas disajikan kepada orang ramai, boleh diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Dan bukannya dibazir dan dibuang begitu sahaja.

Amatlah menyedihkan ketika melihat kanak-kanak terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan sesuap nasi, dengan ada yang tidak mendapat bahagian langsung.

Difahamkan rakyat Malaysia membuang sekitar 17,800 tan makanan sehari.

Malah kajian menunjukkan bahawa setiap kali menjelang Ramadan, rakyat di negara ini membuang sekitar 270 ribu tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

Makanan tersebut jika disusun menyamai 30 kali ketinggian bangunan Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 452 meter. – Sarawakvoice