Pemulihan Hadi Awang positif

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada dalam keadaan pemulihan pascapembedahan yang sangat baik dan respons yang sangat positif terhadap rawatan yang diberikan di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN).

Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Ahli Parlimen Marang itu telah mula menjalani latihan fisioterap bagi memperkuatkan fizikalnya.

Menurut beliau, ia merupakan rawatan yang biasa dijalankan selepas pembedahan jantung.

Katanya, proses pemulihan dapat bergerak pantas sekiranya Abdul Hadi dapat berehat sepenuhnya.

“Oleh yang demikian, lawatan pada peringat ini adalah masih terhad untuk keluarga terdekat sahaja sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti,” katanya dalam satu kenyataan. – Sarawakvoice