PKR edar buku pendirian RUU355 elak ahli keliru

PETALING JAYA: Bertujuan mengelak kekeliruan berterusan berkaitan pendirian ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), PKR menerbit buku berkaitan pendirian parti tersebut berhubung isu berkaitan.

Pas pada sidang Dewan Rakyat lepas, mengemukan usul yang dikenali sebagai RUU355 yang sifatkan oleh kebanyakan politikus khususnya pembangkang sebagai berunsurkan politik.

Menurut Astroawani, buku setebal 34 halaman itu diedarkan kepada perwakilan parti pada Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat malam.

Melalui petikan buku tersebut, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan penerbitan itu bertujuan  memperinci pendirian PKR yang turut mendesak RUU355 dibahaskan di Dewan agar lebih jelas.

PKR turut meminta jaminan Perdana Menteri agar mana-mana pindaan wajar memenuhi prinsip Islam dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

Sebelum ini, Wan Azizah yang akur dan menerima serta menghormati pendirian Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR terkilan dan menolak serta tidak bersetuju dengan alasan yang dikemukakan Pas menyalahkan PKR bagi menjustifikasikan punca pembatalan kerjasama berkenaan.

Majlis Syura Ulama Pas semasa memutuskan  tahaluf siyasi dengan PKR meletakkan PKR sebagai tidak menyokong, malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan oleh Pas seperti isu RUU 355.

Selain itu, PKR turut didakwa melanggar adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas.

PKR juga dikatakan merosakkan imej Pas dan khianat dalam hubungan politik selain bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan Pas. – Sarawakvoice