KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangkakan terus stabil minggu depan, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus campur tangan dalam pasaran wang bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran.

Bank pusat dijangkakan campur tanah menerusi tender harian dan menerusi instrumen konvensional dan Islam, bagi menstabilkan pasaran jika diperlukan, kata seorang peniaga wang tempatan.

“Instrumen biasa bagi menyerap lebihan dana dalam sistem termasuk tender pasaran wang, tender repo, lelongan tempoh matang dalam kedua-dua pasaran konvensional dan Islam, tender pasaran wang program murabahah komoditi,” katanya kepada Bernama.

BNM yang baru-baru ini mengekalkan  Kadar Dasar Semalaman  (OPR) pada  3.00 peratus,  berkata para paras OPR semasa, pendirian dasar monetari sangat akamodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

Semasa mengumumkan data Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) suku pertama 2017 pada Jumaat, BNM berkata kedudukan pasaran kewangan kekal kukuh, walaupun inflasi meningkat kepada 4.3 peratus disebabkan harga bahan api yang tinggi.

Bagi minggu yang baru berakhir, BNM campur tangan pada asas harian bagi menyerap lebihan dana dalam sistem.

Hasilnya, lebihan mudah tunai bagi minggu yang baru berakhir berkurangan kepada  RM30.50 bilion dalam operasi Islam berbanding RM34.78 bilion Jumaat lepas manakala dana Islam susut kepada RM7.78 bilion berbanding RM8.66 bilion sebelumnya.

Bagi minggu yang baru berakhir, penanda aras Kadar Tawaran Antara Bank  Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan disandarkan pada 3.43 peratus.

Kadar rujukan Islam semalaman pula mencatatkan  2.96 peratus manakala kadar-kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus di sepanjang minggu. Bernama