Dennis ajak wanita Orang Ulu aktif aktiviti sosial bersama kaum lain

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Telang Usan Dennis Ngau menggesa wanita Orang Ulu aktif melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang diadakan di bandar mahupun di tempat lain.

Bercakap pada Majlis Penutupan Pertandingan Badminton Tertutup Wanita Orang Ulu 2017, Dennis berkata, wanita Orang ulu perlu yakin melibatkan diri dengan aktiviti sama ada dianjurkan oleh komuniti mereka sendiri atau komuniti lain.

Menurut Dennis wanita Orang Ulu perlu mengelak sikap cenderung dan perlu menimba ilmu pengetahuan sambil belajar dengan rakan lain.

Melalui pendedahan sebegini, mampu membantu Orang Ulu mencapai kemajuan dalam hidup.

“Penglibatan itu boleh memberi kita pengalaman dan mempelajari yang baharu serta mempertingkat pengetahuan,” kata Dennis memetik laporan Utusan Sarawak pada Sabtu.

Peserta wanita Orang ulu dari Lawas, Bintulu, Marudi dan Miri menyertai pertandingan julung kali diadakan di Champion Badminton Court tajaan ADUN Telang Usan Dennis Ngau. – Sarawakvoice