Ada yang sanggup menyembah anak kambing bermata satu…

NEW DELHI: Pemilik kambing, Mukhuri Das menyaksikan kambingnya melahirkan anak bermata satu di Assam, India.

“Saya terkejut semasa ia lahir. Ini seperti keajaiban,” kata Mukhuri menurut Okezone yang memetik laporan Metro pada Sabtu.

“Orang datang sini, hanya mahu melihat anak kambing itu,” katanya.

Mukhuri mengaku menyuap makanan kepada  kambingnya itu.

Dia percaya kelahiran kambing bermata satu di rumahnya itu memberi tuah kepada keluarganya.

Sebahagian masyarakat di daerahnya (20/5/2017), menganggap kambing bermata satu adalah haiwan suci.

Bahkan, ada yang menyembah anak kambing yang lahir seminggu lalu itu.

Ada yang datang dari jauh, dari luar daerah semata-mata mahu melihat haiwan yang dianggap suci itu.

Namun, dari sudut sains, pakar berkata, kambing yang lahir bermata satu itu sebenarnya menghidap kelainan yang disebut sebagai cyclopia.

Kelainan tersebut berpunca daripada belahan otak yang seharusnya terpisah.

Keadaan ini menyebabkan terbentuk bahagian rongga tengah tunggal dengan satu mata. – Sarawakvoice