Tujuh sekeluarga terselamat insiden kebakaran di Kampung Bunga Raya, Limbang

LIMBANG: Tujuh individu termasuk seorang wanita warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya menyelamatkan diri setelah rumah mereka terbakar di Kampung Bunga Raya, dekat sini lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran di Jalan Temenggong itu sekitar jam 11.16 pagi dan sebuah jentera, dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang.

“Tiba dua minit kemudian, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat bersaiz 36 kaki x 40 kaki, berstruktur jenis separuh kekal yang telah musnah 95 peratus.

“Pasukan kemudian membuat aktiviti pemadaman dengan membentangkan satu aliran 200 kaki dengan 6 nozel, bersumberkan air pili bomba berdekatan.

Kata Ling Hii, api kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 1.14 pagi dan siasatan awal mendapati insiden tidak melibatkan sebarang mangsa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran, katanya. – Sarawakvoice