Tanah dan jalan runtuh di Bukit Song, Miri

MIRI: Orang ramai yang melalui Jalan Bukit Song di sini, diminta berhati-hati berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu sekitar jam 3.33 petang tadi.

“Sebuah jentera dan sepasukan lima anggota kemudian dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri untuk melakukan pemantauan.

“Untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, pasukan telah bertindak memasang sawar-sawar,” katanya lagi.

Ketika ini kata Ling Hii, keadaan masih lagi terkawal dan pasukan bomba turut disertai pasukan polis dan Jabatan Kerja Raya di lokasi. – Sarawakvoice