S’wak rancakkan agromakanan sara diri, kecutkan import RM4 bil setahun

KUCHING: Nilai import makanan yang tinggi menzahirkan kementerian merangka strategi bertujuan mengurangkan kebergantungan negeri ini dengan mengimport bahan makanan.

Pada 2016, Sarawak mengimport bahan makanan bernilai RM4.44 bilion meningkat berbanding RM4.22 bilion pada 2015.

Lima kumpulan makanan dengan kadar nilai import tinggi 2016 ialah bijirin; sayur dan buah; ikan krutasia, moluska; dan makanan untuk haiwan bernilai RM3.4 bilion.

Sementara, nilai import 2016 bagi daging ialah RM255,597,900.

Justeru, demi mengecutkan kadar import bahan makanan yang tinggi ini, Menteri Muda Pertanian, Dr. Abdul Rahman Ismail berkata Kementerian merancak dan mempertingkat program agromakanan seperti program industri padi, industri buah dan sayur, program ternakan dan akuakultur serta perikanan laut dalam.

Kerajaan Negeri turut melancarkan strategi menambah bilangan kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan tertentu, selain mengeluarkan produk agroma kanan besar-besaran melalui inisiatif “Keranjang Makanan” (Food Basket).

Setakat ini, Sarawak bertahan dalam menyediakan beberapa jenis bekalan makanan sara diri untuk penduduk dalam negeri.

Sarawak mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran daging dan telur ayam.

Untuk 2030, Sarawak menyasar bekalan sara diri beras 70 peratus dan bagi daging lembu dan kambing sehingga 50 peratus.

Ketika ini bekalan sara diri beras ialah 53 peratus dan daging 10 peratus.

Kerajaan menurut Rahman turut meningkatkan pengeluaran produk buah dan sayur untuk pasaran domestik dan eksport jangka masa panjang.

Semua pihak perlu menyokong strategi dan insiatif kementerian demi menuju ke arah negeri pengeksport pada masa depan. – Sarawakvoice