Miliki motosikal curi, polis tahan lelaki dari Serian

KUCHING: Polis Kuching semalam berjaya menahan seorang lelaki selepas didapati menunggang motosikal curi di Jalan Tabuan, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai memberitahu, lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal IPD Kuching sekitar jam 3 pagi ketika melakukan rondaan cegah jenayah.

“Sebelum itu, lelaki Melayu berumur 23 tahun dari Serian itu didapati menunggang motosikal jenis Yamaha dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal tersebut pernah dilaporkan hilang.

Suspek kata Abang Ahmad, kemudian ditangkap untuk membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyeh 379a Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. – Sarawakvoice