Nelayan asing menyamar demi ceroboh perairan S’wak kaya sumber laut

KUCHING: Kekayaan khazanah sumber laut perairan Sarawak menjadi faktor “menjemput” bot nelayan asing mengaut hasil laut negeri ini secara haram.

Dalam tempoh 10 tahun, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menahan 1,360 nelayan penceroboh dari Vietnam.

Dalam jenayah terbaru 14 Mei lepas, APMM Sarawak menahan empat bot nelayan Vietnam dengan 30 nelayan menangkap ikan sekitar 85 batu nautika dari Tanjung Sirik.

Bot nelayan terbabit bernilai sekitar RM25 juta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu Sarawak disita.

APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit menyifatkan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negeri ini membimbangkan.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) pada Rabu, Ismaili berkata pihak berkuasa perlu proaktif meningkatkan penguatkuasaan perairan demi membasmi pencerobohan nelayan asing. – Sarawakvoice