Malaysia bukan negara gagal, muflis

KUALA LUMPUR: Kemasukan pelaburan asing ke Malaysia bukan sahaja menutup segala tohmahan pembangkang serta fitnah mereka sebelum ini kononnya negara bankrap dan gagal, sebaliknya membuktikan keyakinan pelabur luar terhadap negara ini, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Menurut beliau jumlah pelaburan yang menjangkau RM366 bilion dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, dari November 2016 hingga Mei 2017.

Kemasukan pelaburan berkenaan, katanya, menjelaskan kepada rakyat bahawa kesungguhan dan komitmen kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuahkan hasil untuk kepentingan bersama.

Sebanyak RM175 bilion ialah pelaburan dari China, RM31 bilion  adalah dari Arab Saudi, dan  RM160 bilion  dari India.

“Dengan kejayaan itu juga menyerlahkan keyakinan masyarakat luar khususnya para pelabur terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada media.

Hal ini, katanya, sekali gus memperlihatkan segala tohmahan pembangkang sebelum ini sekadar bersikap provokatif untuk menagih emosi rakyat yang tidak bersandarkan kepada fakta yang sewajarnya.

“Dan semakin jelas kelihatan mereka  sebenarnya yang bangkrap isu di sebalik tohmahan mereka sebelum ini kononnya negara hampir bankrap, pelabur tidak percaya kepada Perdana Menteri dan sebagainya.

Menurut Dr Irmohizam Iagi, kemasukan pelaburan ke dalam negara mencerminkan keyakinan negara luar terhadap Malaysia. – Sarawakvoice