KPWKM tidak pernah taja Ekspedisi Wanita ke Antartika

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semalam menafikan pihaknya melakukan penajaan sebanyak AS1 juta terhadap Program Ekspedisi Wanita ke Antartika (Aweta) 2018, yang kini tular di media sosial.

Kementerian itu sebaliknya menegaskan bahawa isu itu tidak benar kerana fungsi
KPWKM, khususnya Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim hanyalah sebagai penasihat program.

Aweta sebaliknya akan mencari wanita-wanita berkelayakan untuk diketengahkan sebagai protégé bagi misi tersebut.

Mengenai tajaan program, perkara tersebut diuruskan oleh pihak Aweta dengan mendapatkan tajaan syarikat korporat dan swasta yang berpotensi.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam memperkasa wanita, KPWKM sentiasa menyokong dan memberi sepenuh galakan kepada para NGO untuk meningkatkan pencapaian wanita dalam penerokaan bidang baharu di peringkat antarabangsa.

Oleh yang demikian katanya, Kementerian berharap golongan wanita di Malaysia diberi peluang sewajarnya bagi merealisasikan dan membangunkan potensi mereka ke tahap yang paling optimum.  – Sarawakvoice